CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, July 21, 2008

Coconut Merengue Drop


Bahan-bahan :

3 bj Putih Telur
1 cwn Gula Kastor (kalau tak suka manis, kurangkan)
1s.teh Esen Vanilla
1 cwn Kelapa Kering


Cara:
1. Panaskan oven 180 C.
2. Pukul putih telur hingga stiff peak.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
4. Masukkan vanilla dan kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan kelapa kering dan kaub balik.
6. Masukkan ke dalam pipping bag dan picit atas dulang pembakar.
7. Bakar sehingga kekuningan.

Nastar from NCC Indonesia


Bahan kulit:
250 gr Margarine
250 gr Butter
100 gr gula halus
4 bj kuning telur
700 gr tepung serbaguna
4 sdm susu tepung (Full Cream)
3 bj kuning telur
1 sdt cookie glaze


Cara membuat:

  • Pukul mentega, gula dan telur hingga rata. (mixer speed 1, asal lembut)
  • Masukkan tepung serbaguna dan susu tepung, kacau perlahan hingga tercampur rata.
  • Ambil sedikit, bentuk bulat, isi dengan selai nanas. Susun diloyang , beri jarak satu dengan yg lain.
  • Bakar dengan suhu 140’C selama lk. 30 menit, keluarkan dari oven, sapu dengan kuning telur, bakar lagi hingga kuning berkilat. Sejukkan atas redai.
Selai Nanas

Bahan:
4 bh nanas palembang, haluskan
200 gr gula pasir
1 sdt garam
1 ptng kayu manis


Cara membuat:

Masak nanas halus bersama airnya, garam dan kayu manis hingga kering, tuang gula pasir, masak terus dengan api kecil hingga kering dan liat. Angkat.

Friday, July 18, 2008

Strawberry Cheesecake


Bahan A [Crust]

200 gm biskut chipsmore

80 gm butter


Cara

1. Biskut dihancurkan.

2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.

3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.

4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.


Bahan B [Filling ]

250 gm Krim Keju

30 gm mentega

30 gm gula kastor

3 biji kuning telur grade A

2 biji limau kasturi..ambil jusnya

1 s/k esen vanilla


Bahan C

3 biji putih telur grade A

30 gm gula kastor

1/2 s/k cream of tartar

2 s/b tepung jagung

Hiasan

strawberry filling

fresh cream


Cara:

1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.

2. Masukkan telur kuning satu persatu.

3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.

4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.

5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.

6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.

7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.

8. Bakar pada suhu 150'C selama 70 minit.

10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.

11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.

12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.

13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.

14. Hidangkan

Double Yumm Cheesecake



Base:

Biskut digestive

Biskut Chipsmore

2 sudu besar butter


Cara2:

Dua2 biskut dihancurkan.

Gaulkan dengan butter.... then bakar sekejap (around 10 mins) dlm oven...


Bahan Cheese:

500 g Cream Cheese

100 g butter

100 g gula kastor

4 biji telur

200 g whipping cream

6 keping coklat Crispy (dihancurkan kecil2)

4 susu besar coklat chips

1 sudu kecil vanilla esen

1 susu kecil esen oren

1 susu besar jus lemon

1 sudu kecil nescafe dilarutkan dengan 2 sudu besar air panas


Cara2:

Cream cheese + butter + gula dipukul hingga kembang.

masukkan telur satu persatu. kacau rata.

masukkan esen vanilla. masukkan whipping cream.

Bahagikan adunan dua bahagian.

1 bahagian diletakkan ngan pes nescafe.

masukkan coklat crispy + coklat chips.

1 bahagian lagi dimasukkan jus lemon + esen oren.

Then campurkan kedua bahan secara berlapis atau berselang keatas base.

Masak secara au bain marie sehingga masak....

Setelas masak, tutup api. Biar dlm oven semalam.

Pastu letak dlm esbox...

Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .


Madeline Buttercake

bahan

2 1/2 cawan tepung

1 2/3 cawan gula

1 cawan butter (kakmaz guna churn) - lembutkan sikit

1 cawan buttermilk (kakmaz guna plain yogurt)

4 telur

1 s/teh baking soda (ayak dgn tepung)

1 1/2 s/teh vanilla

jem strawberi

kelapa kering


cara

pukul butter dgn gula hingga kembang

masukkan vanilla

masukkan telur,putar lagi

masukkan yogurt, putar sikit lagi bagi sebati

masukkan tepung,kaup balik.

masukkan dlm acuan madeline (acuan yg ada lubang2 tu.. macam congkak ekekek...)

bakar suhu kek lah 180 degree

till masak lah ya,..

bila dah sejuk, sapu jem strawberi sekelilingnya, gaul dgn kelapa kering (dessicated coconut)


Buttercake

Bahan-bahan:

(a)
250 gm butter
200 gm gula
210 gm tepung gandum
1 tsp baking powder

(b)
5 biji telor

Cara-cara:

Tuang kesemua bahan a kedalam mixer dan adun sebati. Selepas tu masukkan bahan b perlahan-lahan. Putar lagi selam 4 - 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan kedlm acuan 9", bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek.

Utk Lemon buttercake , add ;

jus dari sebiji lemon

Kulit dari sebiji lemon


Utk strawberry buttercake,add;

Strawberry paste

Strawberru flavor

Apple Banana Cake



Bahan A
2 biji telur
1 3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung

3 biji epal hijau kecil didadu kecil
3 biji pisang berangan dilecek

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1tsp baking soda
1/2 tsp cinnamon powder
secubit garam

100g walnut dipatah-patah (tak payah toast)

Cara-cara:

Semua guna hand whisk sahaja
Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi. Masukkan epal hijau dan pisang dalam adunan tadi.

Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi.Adunan pekat, don't worry

Bakar dlm acuan yg telah diglis. Lynn pakai acuan 7"x 7"x3" dgn suhu 160 selama 50 min.Lepas keluar dari oven, biarkan 1 jam, baru keluarkan dari loyang. Hias dgn ayakkan gula icing

Blueberry Cheese Tart




DOH

Bahan-bahan:

165g Mentega
85g Gula Kastor
1/2bj Telur
250g Tepung Gandum
Sdkt Perasa Lemon
Sdkt Vanilla Essence

Cara-cara:
1) Putar mentega,gula, perasa vanilla & lemon hingga lembut.
2) Masukkan telur dan kacau sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga doh.
4) Bakar suhu 170 C hingga kekuningan.


Filling

Bahan-bahan:
250g Cream Cheese
20g Mentega
60g Gula Kastor
1bj Telur
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
1) Pukul cream cheese,mentega & gula hingga kembang. Tambah telur dan pukul sebati.
2) Tuang ke dalam kulit tart dan tambah filling kesukaan anda spt blueberry, strawberry,choc etc.
3) Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit.

Carrot Cake 2

Resepi ini adalah resepi dari IBU MERTUA kuuu.... Memang sedap sebab ada campur kismis and walnut. YUMMY...

Bahan-bahan :

200g Brown Sugar
4 biji Telur
200g Minyak Jagung
250g Tepung Superfine aka Tepung Kek
2 s.teh Baking Powder
1 s.teh Soda Bicarbonat
200g Lobak merah (parut)
70g Walnut cincang (toast dulu)
70g Kismis cincang

Cara-cara :

1) Pukul telur bersama brown sugar hingga kembang.
2) Masukkan minyak jagung, tepung, lobak merah dan bahan-bahan lain.
3) Bakar dalam loyang 8" pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak.


Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
400g Cream Cheese
125g Butter
150g Gula aising (ayak)


Cara-cara :

1)Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.
2) Masukkan gula aising dan pukul sehingga mendapat texture yang sesuai untuk disapu pada kek.

Carrot Cake

Resepi ni diambil dari buku resepi The Joy Of Baking. Hasilnya, sangat memuaskan. Cubalahh!!

Bahan-bahan :
4 bj Telur (asingkan kuning dan putih)
170g Gula Halus
1 1/2 cwn Lobak Merah (diparut)
1 1/2 cwn Minyak Jagung @ Minyak Sayur
140g Gula Perang
250g Tepung Protein Rendah @ Tepung Kek aka Superfine
1 1/2s.teh Baking Soda
2 s.teh Mixed Spices
1 s.teh Garam

Cara-cara :
1) Pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula & lobak merah. Kacau rata.
2) Campurkan bahan kering dan gaul rata.
3) Pukul putih telur sampai kembang dalam bekas berasingan. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi dan kaub balik.
4) Tuang ke dalam loyang 9" yang telah diglis dan dialas kertas minyak.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.
6) Setelah sejuk, sapu dengan cheese frosting dan sedia untuk dinikmati.

Cheese Frosting

Bahan-bahan:
120g Mentega
120g Gula aising (ayak)
250g Cream Cheese

Cara-cara:

1) Pukul mentega dan cream cheese hingga lembut dan kembang.
2) Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga sesuai untuk disapu pada kek.

Biskut Bangkit Kelapa


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan Tepung Ubi
1 1/2 cawan Tepung Jagung
1/2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Kastor
1 1/2 cawan Kelapa Kering
1 cawan Marjerin
1 biji Telur

Cara-cara :

1) Ayak semua bahan kering kecuali Kelapa. Setelah diayak,campurkan kelapa kering bersama tepung.
2) Pukul marjerin dan gula hingga lembut (tak perlu sampai kembang).
3) Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
4) Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh.
5) Canai doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
6) Susun atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 C hingga kekuningan.

Crunchy Coconut Cornflakes


Ingredients
* 210g butter
* 160g icing sugar
* 2 egg yolk
* 2 tsp vanilla essence
* 60g desiccated coconut
* 180g flour

* Cornflakes - crush a bit (about 250g or more)

Method
* Cream butter & sugar
* Add in egg yolk and vanilla essence
* Add in dry ingredients (sifted). Mix well.
* Add in desiccated coconut
* Spoon a teaspoon batter onto cornflakes. Squeeze each cookie in your palm so that you'll have more cornflakes stick to the cookies. The dough is functioning like a glue to the put the flakes together.
* Bake in preheated oven at 150C for about 16 minutes.

Chocolate Oat Crisp

Bahan

130g tepung gandum }

30g tepung jagung }

20g serbuk koko }ayak

½ sk serbuk penaik }

¼ sk serbuk kulit kayu manis }

¼ sk garam

90g Quaker Oat Segera

200g mentega

120g brown sugar

½ sk esen vanilla


Cara

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh lembut.

Bulat-bulatkan doh sama besar dan susun atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu dan bakar. Suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan masak.


Nota

Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.