CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, March 30, 2011

KUIH BAKAR LABU JAGUNG


Resepi ni saya ambil dari blog Kak CT (http://taman-syurga-abadi.blogspot.com). Banyak sangat resepi-resepi menarik kat sana. Antaranya kuih ni, Kuih Bakar Labu Jagung. Rasanya yang lembut dan tak berapa manis, memang memikat hati. Saya sure akan buat lagi in future. Untuk resepi kuih ni, semak kat bawah ya. Saya c&p from blog Kak CT. Halal nyer Kak CT.

Kuih Bakar Labu + Jagung
(Resipi asal dari Mat Gebu)

Bahan-bahan :
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
3 camca besar jagung krim dalam tin (CT tambah yang ini)
Sedikit pewarna kuning (CT tambah)

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. (CT guna mixer jer, cepat sikit).
3. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. (CT tak tapis terus jer masuk dalam tin pembakar... hehehe)
4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran (CT bakar selama 1 jam).
5. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

Wednesday, March 2, 2011

MINI PUFF PELBAGAI PERISA


Haaa.. ini laa sarapan fav anak-anak kalau nak g sekolah. Especially, si Angah. Kalau ada puff ni, belum sempat pakai baju sekolah dah ambik satu. Itu belum kira bekal lagi tu. Nak buatnya senang jer. Kita tgk kat bawah yer..

Bahan-bahan
1 peket Puff Pastry Jenama KAWAN (ni blh beli kat Giant @ Tesco bahagian sejuk beku)
Blueberry filling
Strawberry Filling
Orange Filling
Campuran telur & susu segar (untuk sapu) - optional

Cara-cara
1- Puff pastri dipotong empat. 2 bahagian diterap dengan bentuk yang anda suka di bahagian tengah. Boleh guna fondant cutter yang kecik tu atau potong pangkah kat tengah2 pastri pon boleh.
2- Ambik filling anggaran 2 s.teh n letak atas 2 lg bahagian yang tidak diterap. Dan tutup di atasnya dengan pastri yang diterap tadi.
3- Tekan tepi-tepi pastri dengan garpu agar bercantum. Susun atas dulang pembakar. Ulang hingga habis .
4- Panaskan oven dengan suhu 160C dengan function kipas.(kalau oven takde kipas pun tak pe, api atas bawah pun ok)
5- Sebelum masukkan ke dalam oven,sapu pastri dengan sedikit bancuhan telur. Bakar selama 15 minit @ hinnga puff gebu dan kekuningan.
6-Sejukkan di atas jaring dan sedia untuk dinikmati.

MASAK LOMAK CILI API

Dah lama sangat tak menggulai. Tiba-tiba teringin pulak nak makan lauk masak lemak cili api. Apa lagi, last week hari Jumaat ada pasar malam. Terus pergi beli daging batang pinang sekilo dan semua bahan-bahannya sekali. So, weekend pun jalankan projek. Ini laa hasilnya. Puas makan. Harras pun layan gak gulai2 macam ni. Walau pun tak makan daging nyer, banyak gak laa tambah. Dia memang suka yang pedas-pedas ni. Teringat pulak kat mak kat kg (Kuala Pilah).Hu hu huu
Kalau nak cuba, resepi ada kat bawah. Ini resepi versi saya ya.

Bahan-bahan
1 kilo Daging batang pinang (ayam pon boleh)
3 bj Kentang (potong memanjang)
1 bj Kelapa parut , perah santannya (Saya nyer tambah 1 kotak santan M&S sebab santan tak pekat)
20 bj cili api (boleh kurang @ tambah ikut kepedasan masing2)
1 1/2 inci Kunyit hidup
3 batang serai (diketuk)
sedikit air
Garam secukup rasa

Cara - cara
1- Rebus daging hingga empuk dengan air yang sedikit.
2- Cili api dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat. (make sure takde biji2 cili tu ya. Tumbuk kasi lumat)
3- Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan dan daging yang telah direbus tadi. Pasang api.
4- Setelah mendidih, masukkan kentang dan masak lagi hingga kentang empuk.
5- Akhir sekali sebelum tutup api, masukkan garam secukup rasa.
6- Hidang dengan nasi panas. Waallah!

Nota :
Kacau sesekali untuk pastikan santan tak pecah minyak yer. Api jangan kuat sangat. Dah agak pekat, boleh tutup api.

SPAGETTI BOLOGNESE

Ni resepi campak2 jer tau. Tak de refer kat mana-mana. Kali ni saya buat guna spagetti Angel Hair. Halus sikit dari spagetti biasa. And I think I like this one better. Boleh semak resepi kat bawah. Adjust mana yang patut ok.

Bahan-bahan:
1 peket Spagetti Angel Hair 
(rebus n toskan. Ketepikan)

SOS
2bj Bawang Holland (cincang)
3 s.bsr Cili Giling (Ikut pedas. Kalau nak pedas lg blh tambah ya. Sy mmg suka pedas)
1 tin Sos Prego Tradisional
1 tin Tomato Puree
1 pek Isi ayam cincang (sy guna jenama Ayamas)*
3 batang carrot (sagat memanjang)**
1 s.teh Serbuk Oregano
2 helai Bay Leaves
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Parmesan Cheese (untuk tabur)


Cara-cara
1- Panaskan sedikit minyak. Minyak zaiton lagi bagus.
2- Tumis bawang cincang hingga wangi dan masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak @ hingga cili masak.
3- Kemudian masukkan daging ayam cincang tadi gaul hingga masak.
4- Tuang sos prego dan tomato puree. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit.
5- Masukkan kiub ayam bersama-sama garam dan gula secukup rasa.
6- Akhir sekali masukkan serbuk Oregano dan Bay Leaves ke dalam kuah. Kacau rata.
7- Biarkan mendidih seketika hingga kepekatan yang diingini. Tutup api.
8- Letak spagetti ke dalam pinggan dan tuang sos. Tabur dengan Parmesan cheese. Sedia untuk dinikmati.


Nota :
* boleh ganti dengan daging kalau suka. Kalau nak buat spagetti meatball,refer kat bawah ya.
** carrot boleh digantikan dengan cendawan butang. Saya lebih suka letak carrot.


Meatball
400g daging cincang segar @ daging cincang beku (Cap Ramli)
1 s.teh Garam
2 s.teh Serbuk Black Pepper
1/4 cwn serbuk roti (optional. tak letak pun tak pe)
Minyak Zaiton untuk menggoreng

Cara-cara
1- Gaul semua bahan dalam mangkuk besar.
2- Bulat-bulatkan daging tersebut dan goreng dalam frying pan dengan sedikit minyak zaiton.
3- Goreng hingga garing sedikit.
4- boleh masukkan ke dalam kuah spagetti  dan masak hingga mendidih.

HOMEMADE PIZZA

Homemade Prawn Hawaiian Pizza
Sapu sos pizza atas base.
(Sos Spagetti Prego Tradisional, tomato puree, oregano gaul sebati)
Letak topping pilihan. Kali ni nak wat hawaiian prawn pizza. So, kita letak udang laa yer.
(udang tu gaul dgn sos tiram n kicap manis sket. Peh tu sangai jap jer)
Tabur nenas kiub.
(Boleh guna either dalam tin nyer nenas @ fresh nyer nenas. Fresh nyer lg sedap)
 
Last sekali tabur laa mozarella atas sekali. Ikut laa nak banyak mana suka.
Taadaaa... dah siap. Jom makan. Nyyuummm nyuumm...
Anak-anak enjoying their homemade pizza. Masing-masing wat pizza sendiri ni tau.More stories nnt saya masukkan kat http://keletahpermatahati.blogspot.com