CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, October 21, 2008

KEK KUKUS PELANGI PUTIH TELOR



Bahan-bahan:
500g Putih Telor
60g Evaporated Milk
1 s.bsr Vanilla Essence
150g Butter cair
225g Gula Kastor
300g Top Flour (saya guna tepung gandum jer)
1s.bsr Ovalette
1/2 s.teh pewarna Merah Hijau,kuning
1s.bsr Chocolate Emulco
secubit garam
Cara- cara:
1. Pukul putih telur dgn kelajuan tinggi hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit
dan pukul hingga soft peak.
2. Masukkan tepung dan evaporated milk selang seli diikuti dgn ovaletter dan garam.
Teruskan memukul adunan hingga pekat.
3. Masukkan butter cair dan pukul seketika hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian dan masukkan setiap satu dgn pewarna merah,
hijau,kuning dan choc emulco. Gaul rata.
5. Lengser loyang dgn butter dan alas dgn grease proof paper.
6. Masukkan 1 sudu bsr adunan warna merah ditengah2 loyang. Diikuti dgn warna hijau di atas
warna merah, kuning di atas warna hijau dan choc emulco di atas warna kuning. Teruskan
hingga adunan habis.
7. Kukus kek selama 30 minit atau sehingga masak. Uji dgn lidi.
Corak kek akan jadi belang2 macam kek zebra.

Monday, October 20, 2008

Biskut Choc Rice

Bahan

250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko

bahan hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang

Cara
1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata,
5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Monday, July 21, 2008

Coconut Merengue Drop


Bahan-bahan :

3 bj Putih Telur
1 cwn Gula Kastor (kalau tak suka manis, kurangkan)
1s.teh Esen Vanilla
1 cwn Kelapa Kering


Cara:
1. Panaskan oven 180 C.
2. Pukul putih telur hingga stiff peak.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
4. Masukkan vanilla dan kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan kelapa kering dan kaub balik.
6. Masukkan ke dalam pipping bag dan picit atas dulang pembakar.
7. Bakar sehingga kekuningan.

Nastar from NCC Indonesia


Bahan kulit:
250 gr Margarine
250 gr Butter
100 gr gula halus
4 bj kuning telur
700 gr tepung serbaguna
4 sdm susu tepung (Full Cream)
3 bj kuning telur
1 sdt cookie glaze


Cara membuat:

  • Pukul mentega, gula dan telur hingga rata. (mixer speed 1, asal lembut)
  • Masukkan tepung serbaguna dan susu tepung, kacau perlahan hingga tercampur rata.
  • Ambil sedikit, bentuk bulat, isi dengan selai nanas. Susun diloyang , beri jarak satu dengan yg lain.
  • Bakar dengan suhu 140’C selama lk. 30 menit, keluarkan dari oven, sapu dengan kuning telur, bakar lagi hingga kuning berkilat. Sejukkan atas redai.
Selai Nanas

Bahan:
4 bh nanas palembang, haluskan
200 gr gula pasir
1 sdt garam
1 ptng kayu manis


Cara membuat:

Masak nanas halus bersama airnya, garam dan kayu manis hingga kering, tuang gula pasir, masak terus dengan api kecil hingga kering dan liat. Angkat.

Friday, July 18, 2008

Strawberry Cheesecake


Bahan A [Crust]

200 gm biskut chipsmore

80 gm butter


Cara

1. Biskut dihancurkan.

2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.

3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.

4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.


Bahan B [Filling ]

250 gm Krim Keju

30 gm mentega

30 gm gula kastor

3 biji kuning telur grade A

2 biji limau kasturi..ambil jusnya

1 s/k esen vanilla


Bahan C

3 biji putih telur grade A

30 gm gula kastor

1/2 s/k cream of tartar

2 s/b tepung jagung

Hiasan

strawberry filling

fresh cream


Cara:

1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.

2. Masukkan telur kuning satu persatu.

3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.

4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.

5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.

6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.

7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.

8. Bakar pada suhu 150'C selama 70 minit.

10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.

11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.

12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.

13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.

14. Hidangkan

Double Yumm Cheesecake



Base:

Biskut digestive

Biskut Chipsmore

2 sudu besar butter


Cara2:

Dua2 biskut dihancurkan.

Gaulkan dengan butter.... then bakar sekejap (around 10 mins) dlm oven...


Bahan Cheese:

500 g Cream Cheese

100 g butter

100 g gula kastor

4 biji telur

200 g whipping cream

6 keping coklat Crispy (dihancurkan kecil2)

4 susu besar coklat chips

1 sudu kecil vanilla esen

1 susu kecil esen oren

1 susu besar jus lemon

1 sudu kecil nescafe dilarutkan dengan 2 sudu besar air panas


Cara2:

Cream cheese + butter + gula dipukul hingga kembang.

masukkan telur satu persatu. kacau rata.

masukkan esen vanilla. masukkan whipping cream.

Bahagikan adunan dua bahagian.

1 bahagian diletakkan ngan pes nescafe.

masukkan coklat crispy + coklat chips.

1 bahagian lagi dimasukkan jus lemon + esen oren.

Then campurkan kedua bahan secara berlapis atau berselang keatas base.

Masak secara au bain marie sehingga masak....

Setelas masak, tutup api. Biar dlm oven semalam.

Pastu letak dlm esbox...

Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .


Madeline Buttercake

bahan

2 1/2 cawan tepung

1 2/3 cawan gula

1 cawan butter (kakmaz guna churn) - lembutkan sikit

1 cawan buttermilk (kakmaz guna plain yogurt)

4 telur

1 s/teh baking soda (ayak dgn tepung)

1 1/2 s/teh vanilla

jem strawberi

kelapa kering


cara

pukul butter dgn gula hingga kembang

masukkan vanilla

masukkan telur,putar lagi

masukkan yogurt, putar sikit lagi bagi sebati

masukkan tepung,kaup balik.

masukkan dlm acuan madeline (acuan yg ada lubang2 tu.. macam congkak ekekek...)

bakar suhu kek lah 180 degree

till masak lah ya,..

bila dah sejuk, sapu jem strawberi sekelilingnya, gaul dgn kelapa kering (dessicated coconut)


Buttercake

Bahan-bahan:

(a)
250 gm butter
200 gm gula
210 gm tepung gandum
1 tsp baking powder

(b)
5 biji telor

Cara-cara:

Tuang kesemua bahan a kedalam mixer dan adun sebati. Selepas tu masukkan bahan b perlahan-lahan. Putar lagi selam 4 - 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan kedlm acuan 9", bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek.

Utk Lemon buttercake , add ;

jus dari sebiji lemon

Kulit dari sebiji lemon


Utk strawberry buttercake,add;

Strawberry paste

Strawberru flavor

Apple Banana Cake



Bahan A
2 biji telur
1 3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung

3 biji epal hijau kecil didadu kecil
3 biji pisang berangan dilecek

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1tsp baking soda
1/2 tsp cinnamon powder
secubit garam

100g walnut dipatah-patah (tak payah toast)

Cara-cara:

Semua guna hand whisk sahaja
Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi. Masukkan epal hijau dan pisang dalam adunan tadi.

Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi.Adunan pekat, don't worry

Bakar dlm acuan yg telah diglis. Lynn pakai acuan 7"x 7"x3" dgn suhu 160 selama 50 min.Lepas keluar dari oven, biarkan 1 jam, baru keluarkan dari loyang. Hias dgn ayakkan gula icing

Blueberry Cheese Tart




DOH

Bahan-bahan:

165g Mentega
85g Gula Kastor
1/2bj Telur
250g Tepung Gandum
Sdkt Perasa Lemon
Sdkt Vanilla Essence

Cara-cara:
1) Putar mentega,gula, perasa vanilla & lemon hingga lembut.
2) Masukkan telur dan kacau sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga doh.
4) Bakar suhu 170 C hingga kekuningan.


Filling

Bahan-bahan:
250g Cream Cheese
20g Mentega
60g Gula Kastor
1bj Telur
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
1) Pukul cream cheese,mentega & gula hingga kembang. Tambah telur dan pukul sebati.
2) Tuang ke dalam kulit tart dan tambah filling kesukaan anda spt blueberry, strawberry,choc etc.
3) Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit.

Carrot Cake 2

Resepi ini adalah resepi dari IBU MERTUA kuuu.... Memang sedap sebab ada campur kismis and walnut. YUMMY...

Bahan-bahan :

200g Brown Sugar
4 biji Telur
200g Minyak Jagung
250g Tepung Superfine aka Tepung Kek
2 s.teh Baking Powder
1 s.teh Soda Bicarbonat
200g Lobak merah (parut)
70g Walnut cincang (toast dulu)
70g Kismis cincang

Cara-cara :

1) Pukul telur bersama brown sugar hingga kembang.
2) Masukkan minyak jagung, tepung, lobak merah dan bahan-bahan lain.
3) Bakar dalam loyang 8" pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak.


Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
400g Cream Cheese
125g Butter
150g Gula aising (ayak)


Cara-cara :

1)Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.
2) Masukkan gula aising dan pukul sehingga mendapat texture yang sesuai untuk disapu pada kek.

Carrot Cake

Resepi ni diambil dari buku resepi The Joy Of Baking. Hasilnya, sangat memuaskan. Cubalahh!!

Bahan-bahan :
4 bj Telur (asingkan kuning dan putih)
170g Gula Halus
1 1/2 cwn Lobak Merah (diparut)
1 1/2 cwn Minyak Jagung @ Minyak Sayur
140g Gula Perang
250g Tepung Protein Rendah @ Tepung Kek aka Superfine
1 1/2s.teh Baking Soda
2 s.teh Mixed Spices
1 s.teh Garam

Cara-cara :
1) Pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula & lobak merah. Kacau rata.
2) Campurkan bahan kering dan gaul rata.
3) Pukul putih telur sampai kembang dalam bekas berasingan. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi dan kaub balik.
4) Tuang ke dalam loyang 9" yang telah diglis dan dialas kertas minyak.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.
6) Setelah sejuk, sapu dengan cheese frosting dan sedia untuk dinikmati.

Cheese Frosting

Bahan-bahan:
120g Mentega
120g Gula aising (ayak)
250g Cream Cheese

Cara-cara:

1) Pukul mentega dan cream cheese hingga lembut dan kembang.
2) Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga sesuai untuk disapu pada kek.

Biskut Bangkit Kelapa


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan Tepung Ubi
1 1/2 cawan Tepung Jagung
1/2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Kastor
1 1/2 cawan Kelapa Kering
1 cawan Marjerin
1 biji Telur

Cara-cara :

1) Ayak semua bahan kering kecuali Kelapa. Setelah diayak,campurkan kelapa kering bersama tepung.
2) Pukul marjerin dan gula hingga lembut (tak perlu sampai kembang).
3) Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
4) Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh.
5) Canai doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
6) Susun atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 C hingga kekuningan.

Crunchy Coconut Cornflakes


Ingredients
* 210g butter
* 160g icing sugar
* 2 egg yolk
* 2 tsp vanilla essence
* 60g desiccated coconut
* 180g flour

* Cornflakes - crush a bit (about 250g or more)

Method
* Cream butter & sugar
* Add in egg yolk and vanilla essence
* Add in dry ingredients (sifted). Mix well.
* Add in desiccated coconut
* Spoon a teaspoon batter onto cornflakes. Squeeze each cookie in your palm so that you'll have more cornflakes stick to the cookies. The dough is functioning like a glue to the put the flakes together.
* Bake in preheated oven at 150C for about 16 minutes.

Chocolate Oat Crisp

Bahan

130g tepung gandum }

30g tepung jagung }

20g serbuk koko }ayak

½ sk serbuk penaik }

¼ sk serbuk kulit kayu manis }

¼ sk garam

90g Quaker Oat Segera

200g mentega

120g brown sugar

½ sk esen vanilla


Cara

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh lembut.

Bulat-bulatkan doh sama besar dan susun atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu dan bakar. Suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan masak.


Nota

Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.

Monday, June 2, 2008

Rich Fruit Cake



Bahan-bahan:

250g Butter }A
150g Brown Sugar}A
1/2tbsp Chocolate Emulco}b
4bj Telor Sejuk (dari peti ais)}C Pukul bersama
25ml Air Sejuk}C
225g Tepung Gandum}D
1/2tsp Baking Powder}D Ayak bersama
1/2tsp Mixed Spices}D
750g Mixed Fruits (rendam dlm jus oren semalaman)
50g Tepung Gandum (untuk digaul dgn Mixed fruit yg tlh direndam)
10bj Oren (diambil jusnya)

Cara-cara :
1) Pukul A hingga kembang.
2) Masukkan B dan pukul sebati.
3) Masukkan C dan pukul sebati.
4) Pukul semua adunan from low to high speed.
5) Masukkan Mixed fruit yg telah digaul dgn tepung(50g) ke dalam adunan di atas berselang-seli dengan campuran tepung D. Kaub balikkan dengan senduk kayu@spatula.
6) Curah ke dalam acuan 9" yang telah diglis.
7) Bakar pada suhu 170 C selama 40 minit atau sehingga masa. (Uji dengan lidi).

Tips:
- Jika adunan lembik, campur sdkt tepung. Jika pekat sangat, masukkan sedikit susu cair.
- Sejurus selepas masak, semasa masih panas, keluarkan dari acuan. Letakkan kek di atas kertas aluminium. Sapukan jus oren pada kek sehingga agak basah.
- Bungkus kek tersebut dengan kertas aluminium dan biarkan semalaman.
- Esoknya, buka bungkusan & lap lebihan jus oren jika ada dan balut semula.
- Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
- Potong kek dengan pisau tajam semasa masih sejuk agar buah tidak berderai dan cantik setelah dipotong.

HAPPY COOKING!!

Thursday, April 17, 2008

Pandan Kaya Buttercake



Bahan - bahan


250 gm butter
200 gm gula kastor
1 tbsp. kaya
6 nos. Telur
300 gm Tepung Kek
1 tsp. baking powder
200ml santan
1/4 tsp Garam
3 tbsp. Susu tepung
1 tsp. pandan paste
Setitik pewarna Hijau


Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kaya.
2. Masukkan telur satu persatu dan pastikan setiap biji dipukul sebati sebelum memasukkan telur yang seterusnya.
3. Tuang santan dan garam perlahan-lahan dan sekiranay berketul-ketul, masukkan tepung sedikit.
4. Masukkan pandan pastge dan pewarna hijau.
5. Kaup balikkan tepung kek, susu tepung dan baking powder.Masukkan ke dalam loyang saiz 7" dan bakar pada suhu 175C lebih kurang 60 minit. atau sehingga masak.



Thursday, April 10, 2008

BROWNIES




Bahan-bahan
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan


Cara Membuatnya
1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad.

Strawberry Chocolate Moist Cake




This recipe saya dapat dari the experts of baking cakes, Kak Misliha. If you want to know more about her, can log on to her fotopages http://naza214.fotopages.com.

Resepi yang digunakan seperti dibawah;

CHOCOLATE MOIST CAKE


BAHAN

250gm butter

300gm castor sugar

1tbsp ovellate

6biji telur

250gm tepung ]

2tsp baking powder ] ayak

1½tsp soda bicarbonate ]


PASTE

1 cawan coco powder

1¼ cawan air

60gm castor sugar

1tbsp nescape - optional

TOPPING CAKE

300 gm Cooking Chocolate

200 gm Whipping Cream

1 tsp butter

CARA-CARANYA

• Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu

• Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder

berselang seli dengan paste

• Baker 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing

Wednesday, April 9, 2008

Anak-anakku....