CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

ROTI ARAB


Roti Arab ni memang sedap kalau makan dengan kari. Anak-anak pun suka sebab roti ni kembung kata anak saya. Yang  no 1 memang suka kalau bab makan-makan ni. Untuk resepi nanti tengok kat bawah ya.

ROTI ARAB (sofinar@myresepi)

Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

    Cara-cara

    1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
    2. tepung di gaul dengan yis
    3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
    5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
    6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
    7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
    8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

    Tuesday, November 23, 2010

    CINNAMON ROLLS

    As Salam. Haa.. ni laa sarapan sampingan pagi ni selain mee kering goreng express dan teh halia. Resepi ni ambil dari blog Cik Mat Gebu yang mmg dah lama saya nak buat. Disebabkan hari ni teringin nak makan roti tapi dah hbs, so saya pun uli laa sekejap pagi tadi. Roti ni mudah jer nak buat. Kalau nak tengok step by step cara membuatnya, boleh tengok di blog Cik Mat Gebu kita ya. Roti ni memang sedap, lembut n gebu. Tak manis sangat, sesuai dengan tekak saya yang tak suka sangat yg terlampau manis. Just nice. Macam biasa, anak teruna tembam saya, Harras mmg suka kalau jadik model makan ni. Tapi dia tak makan kismis n ceri, kasi ayah dia makan. Cecah dengan teh halia panas, nyamann..... Cubalah!!

    Resepi asal : http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/08/cinnamon-roll.html
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    200 gram tepung roti (high protein flour)
    50 gram tepung whole meal
    50 gram gula halus @ gula kastor
    1/2 camca teh garam halus
    10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
    1/4 camca teh bread improver
    1/4 camca teh bread softerner
    30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
    6 gram instant yeast
    20 g lemak sayur (shortening)
    125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
    5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan

    BAHAN TABUR :-)
    1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
    3 camca besar gula perang (brown sugar)*
    1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
    1/2 cawan kismis,

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
    2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
    3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

    Sunday, July 18, 2010

    CONEY DOG ala A&W

     

    Resepi asal : Allrecipes.com
    Bahan-bahan
        * 500g Daging Cincang
        * 1/4 cwn Air
        * 1/4 cwn Bawang besar - cincang
        * 1 ulas Bawang Putih
        * 1 cwn Sos Tomato
        * 1/2 tsp Serbuk Cili
        * 1/2 tsp Garam

    Cara-cara
    1. Sangai daging cincang selama 10-15 minit atau hingga kekuningan. Pecah-pecahkan ketulan daging tadi jika ada.
    2. Masukkan air, bawang, bawang putih, sos tomato, serbuk cili dan garam. Biarkan mendidih 10 minit atau sehingga pekat. 
     
    ** kalau tak nak berair sangat, tabur 1 sbsr tepung gandum dan gaul rata.

    MEXICAN BUN

    Bahan-bahan ( ><17 biji bun )

    • Filling
    • -200 gm mentega
    • -1/2 teaspoon vanilla essence
    • -70 gm brown sugar 
    Topping
    • -200 gm mentega
    • -160 gm gula icing
    • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
    • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
    • -200 gm tepung gandum 
    •  
    • Doh Roti
    • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
    • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
    • -20 gm susu tepung
    • -75 gm gula castor
    • -3 sudu kecil dry yeast
    • -1 sudu kecil garam
    • -1 biji telur- dipukul
    • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
    • -60 gm mentega

    Cara-cara

    1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
    2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
    3. Doh Roti
    4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
    5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
    6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
    7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
    8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
    9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
    10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
    11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
    12. Mexican_bun2
      -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
    13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.