CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, November 16, 2009

MOONCAKE



MOONCAKE SKIN (Chef Alan Ooi)


Bahan A

300G Golden Syrup

7 s.bsr Minyak Kacang Tanah (saya guna jenama Cap Pisau)

1 s.teh Air abu/Alkaline Water

2 s.bsr Tepung Gandum

Bahan B

500g Tepung Gandum

Inti

Red Bean/Lotus paste dan lain2 (Boleh didapati di kedai2 bahan bakeri)

- bulat2kan kepada 130g setiap satu.


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan A. Gaul sebati dan simpan semalaman.

2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang ditengah2 tepung.

3. Masukkan bahan A tadi dan uli rata sehingga menjadi doh lembut dan tidak lekat di tangan.

4. Tutup doh dengan tuala lembab selama 30 minit.
5. Bahagikan doh kepada 70g setiap satu hingga habis atau mengikut kesesuaian saiz acuan anda. Rehatkan sebentar.

6. Leperkan kulit tadi dan isikan inti. Balut keseluruhan inti tadi. Sapukan sedikit tepung pada doh dan acuan.

7. Tekan doh ke dalam acuan dan keluarkan.

8. Sapukan telur pada permukaan kuih bulan tadi dan bakar selama 10 minit pada suhu 180C.

9. Selepas 10 minit, keluarkan dan sapu telur sekali lagi. Bakar semua hingga kekuningan. Keluarkan dan sejukkan.


Tips: Kuih bulan perlu direhatkan sekurang-kurangnya 3 hari agar tektur kulitnya lembut dan sebati.