CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, February 24, 2011

APAM BERAS


Kuih apam beras ni saya buat pagi semalam untuk sarapan. Kebetulan ada lebihan nasi malam sebelulmnya. So, sayang nak buang. N then pagi tu bangun awal dari biasa. Maka, terhasillah apam beras ni. Bahan dan cara sangat mudah dan tak perlu tunggu sampai 3 jam pun masa untuk perap tu. Saya perap 1 jam jer. Apam tetap jadi dengan gebussnya..he he heee
Saya guna acuan kuih puteri ayu n buat warna warni. Selera sket nak makan kan. Tapi mmg tak ada kelapa laa yer pagi-pagi ni.. Actually, makan tanpa kelapa pun sedap sebenarnya and tahan lebih lama. Kalau nak letak kelapa tu, make sure kelapa tu kukus dulu ya. Baru laa lambat basi...JOM! Kita semak resepi.

Apam Beras (oleh: cha@Myresepi)

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

0 comments: