CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, February 24, 2011

APAM BERAS


Kuih apam beras ni saya buat pagi semalam untuk sarapan. Kebetulan ada lebihan nasi malam sebelulmnya. So, sayang nak buang. N then pagi tu bangun awal dari biasa. Maka, terhasillah apam beras ni. Bahan dan cara sangat mudah dan tak perlu tunggu sampai 3 jam pun masa untuk perap tu. Saya perap 1 jam jer. Apam tetap jadi dengan gebussnya..he he heee
Saya guna acuan kuih puteri ayu n buat warna warni. Selera sket nak makan kan. Tapi mmg tak ada kelapa laa yer pagi-pagi ni.. Actually, makan tanpa kelapa pun sedap sebenarnya and tahan lebih lama. Kalau nak letak kelapa tu, make sure kelapa tu kukus dulu ya. Baru laa lambat basi...JOM! Kita semak resepi.

Apam Beras (oleh: cha@Myresepi)

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

APAM PELANGI

Apam pelangi ni mmg sedap. Tak manis sangat. Kalau tengok rupa macam kek pun ada. Bahan pon tak banyak. Senang jer buat dia. Anak saya yang tak makan apam pun leh makan 3 slice sekaligus. Dia kata macam kek rainbow ibu.. he he eee.
Resepi saya lupa pulak ambik kat mana. Tapi rasanya ramai dah try resepi ni. Kat gambar tu ada putih2 tu sebab tepung yang saya tabur pada acuan lekat lak kat apam ni. Bukan kulat, OK. he he hee... Resepi leh refer kat bawah ya..

Apam Pelangi

Bahan-bahan
4bj Telor
300g Gula Pasir (saya kurangkan sedikit)
2 s.k Ovalette
1 s.k Vanilla
300g Tepung Gandum*
1 s.k Baking Powder* ayak bersama
250ml Santan (sy guna susu cair)
Pewarna


Cara
1-Telur, gula dan ovalette dipukul hingga kembang n gebu.
2-Masukkan vanilla n pukul lagi.
3-Masukkan campuran tepung berselang seli dengan santan.pukul sebati.
4- Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dengan warna berbeza.
5- Tuang kedalam acuan berselang seli.
6-Kukus selama 40 minit @ hingga masak.

Wednesday, February 23, 2011

KUIH PUTERI DUA SEBILIK


KUIH PUTERI DUA SEBILIK ( http://noorsha.blogspot.com)

Bahan2 A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan2 B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran (aku pakai pink & hijau)


Bahan2 C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.


Cara2
1. Untuk Inti Kelapa --->> dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
2. bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
3. bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.
4. untuk bahan2 B ---->>, campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.
5. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
6. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
7. ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.
8. untuk bahan2 C,---->> masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.
9. ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
10. lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. (lihat cara2 berikut). Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
11. ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya.
12. kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
13. sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  q;-)