CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, July 18, 2010

CONEY DOG ala A&W

 

Resepi asal : Allrecipes.com
Bahan-bahan
    * 500g Daging Cincang
    * 1/4 cwn Air
    * 1/4 cwn Bawang besar - cincang
    * 1 ulas Bawang Putih
    * 1 cwn Sos Tomato
    * 1/2 tsp Serbuk Cili
    * 1/2 tsp Garam

Cara-cara
1. Sangai daging cincang selama 10-15 minit atau hingga kekuningan. Pecah-pecahkan ketulan daging tadi jika ada.
2. Masukkan air, bawang, bawang putih, sos tomato, serbuk cili dan garam. Biarkan mendidih 10 minit atau sehingga pekat. 
 
** kalau tak nak berair sangat, tabur 1 sbsr tepung gandum dan gaul rata.

HOMEMADE TAKOYAKI - MY VERSION

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
-cara-cara
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.

Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake - ganti dengan Serunding

Cili potong halus
Daun bawang/sup
Bawang Goreng
Mayonis

Sos kicap
Kicap manis Cap Kipas Udang


Cara-cara

1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken seidkit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian amsukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daub bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

KACANG PHOOL

 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
  2. Bila mendidih, masukkan kacang phool dan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....
 ** Kalau nak pelbagaikan kacang nyer, boleh campur2 dengan kacang kuda, kacang parang, baked beans dll. Lagi sedaaappp......
 

MEXICAN BUN

Bahan-bahan ( ><17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar 
Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum 
  •  
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Mexican_bun2
    -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

PIZZA MUDAH

Doh Pizza
Bahan-bahan
200g/2cwn Tepung Gandum
20g/2steh Yis Kering
3g/1/2steh Garam
5g/1steh Gula
10g/2sbsr Minyak Sayur
1/2 cwn Air suam unutk menguli

Sos Pizza
Bahan-bahan
1 labu Bawang Besar - cincang
2 ulas Bawang Putih - cincang
2bj Tomato -cincang
2sbsr Minyak masak
3sbsr Tomato puri
2sbsr Sos tomato
3/4 steh Gula
2steh Oregano
garam& gula secukup rasa

Topping
Udang/sosej/ayam/dagingLada benggala/tomato/cendawan butang/
bawang besar/nenas
mozarella cheese

Cara-cara
DOH
1. Campur tepung gandum, yis ,garam,gula dan minyak ke dalam mangkuk besar. Gaulrata. masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli doh hingga lembut dan tidak leat ditangan(jika uli dengan tangan). Sukatan air kena agak2 bergantung pada tepung. Asalkan tak lekat di tangan, ok.
2. Masuk doh ke dalam mangkuk besar yang telah disapu minyak dan tutup dengan cling wrap. Letak ditempat yg panas/suam selama 1jam supaya doh naik sekali ganda.
3. Minyakkan acuan pizza atau loyang yag hendak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm (agak2). Letak doh ke dalam acuan/loyang. Biarkan sebentar dlm 10 minit supaya naik sedikit. 
4. Cucuk2 doh dengan garpu supaya tidak menggelmbung ketika dibakar. sapu dengan dengan sos pizza dan letak topping dan cheese.
5. Bakar pada suhu 200C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Cara-cara
SOS PIZZA
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan bahan2 lain dan masak hingga soso pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar.
** saya guna sos prego jer yg untuk buat spagetti tu. Tin merah.

Wednesday, July 14, 2010

TRIPLE CHOCO CARAMEL CAKE




Resepi: Teh Uceu NCC

Bahan- Bahan :
10 bjTelur
150 g Gula
1 sbsr Emulsifier
140 g Tepung gandum
60 g Serbuk Koko
75 g Dark Cooking Chocolate
100 g Margarine cair

Cara membuat :
1. Panaskan margarine sampai cair, masukan Dark Cooking Chocolate, gaul rata, sejukkan
2. Pukul telur dan gula hingga putih mengembang.
3. Tambahkan emulsifier.
4. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan.
5. Tambahkan ke dalam adunan campuran margarine dan Dark Cooking Chocolate dan gaul rata.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser.
7. Bakar pada suhu 170C, hingga masak.
8. Keluarkan dari loyang, sejukkan.

Chocolate Ganache

Bahan:
500 ml Fresh Cream
500 g Dark Chocolate
75 g Butter

Cara membuat :
1. Panaskan fresh cream dengan api kecil, matikan api.
2. Masukan dark chocolate (hiris kasar)dan butter kacau rata.
3. sejukkan dan siap untuk digunakan.

Caramel Syrup

Bahan :
100 g gula
50 ml air 1
100 ml air 2

Cara Membuat:
1. Panaskan gula dengan air 1 diatas api (masak sampai menjadi caramel).
2. Tambahkan air 2 kedalam campuran caramel tersebut, masak dan kacau sampai caramel cair dan tercampur rata. Matikan api, sejukkan.

Hias:
1. Siapkan kek, belah menjadi 2 bahagian.
2. Siram ke dua bagian cake tersebut dengan simple syrup.
3. Siram dengan caramel syrup.
4. Sapu bahagian tengah kek dengan ganache, dengan ketebalan kurang lebih 1 cm.
5. Tutup dengan setengah bahagian lagi.
6. Hias bagian atas kek dengan ganache, buah dan chocolate modelling.

RASPBERRY CHEESE BROWNIES



Sumber: Amy Heng

Bahan-bahan :

Brownies
315g unsalted butter (didadu) 
125g serbuk koko
270g castor sugar
300g
jam raspberry 
5 bj Telur (dipukul sedikit)
1 1/2 tsp vanilla essence
230g Tepung Gandum
1/4 tsp baking soda

Cheese topping
325g cream cheese ( suhu bilik)
90g castor sugar
1bj Telur
1 bj Kuning Telur
1/2 tsp vanilla essence
160g fresh raspberries (optional)

Hiasan
Aiskrim
Krim Coklat
Almond flakes ( toasted) 


Cara-cara:
Brownies
1. Cairkan butter .
2. Maukkan serbuk koko dan masak hingga berbuih.
3. Padamkan api dan masukkan gula dan jam.
4. Masukkan telur dan vanillah essence selang seli dan kacau hingga sebati.
5. Kaub balikkan tepung yang telah diayak dengan baking soda.
6.Tuang ke dalam adunan yang telah dilengser. Sementara itu sediakan cheese topping.



Cheese Topping
1. Pukul cheese dan gula hingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan essence dan telur.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan atas adunan brownies.
4. Masukkan raspberries/strawberries (optional).
5. Gunakan lidi dan kacau adunan  untuk dapatkan efek marble.
6. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
7. Potong semasa masih suam dan hidangkan bersama ice cream, krim coklat dan dan lamond flakes.